Tayangan Documentari Yang Dipinggirkan

Documentari yang mencerminkan kebenaran masyarakat merupakan spesies filem yang diancam pupus di Malaysia. Genre filem jenis ini bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan penonton yang sentiasa mengharapkan unsur-unsur “ hiburan”,bahkan ia perlu juga mengarungi  campurtangan daripada MSM dan tingkah-laku self-censorship oleh pihak media sendiri.

Pada bulan April 2004, penerbit acara ‘Editor’s Time’dan ‘Edisi Siasat’ NTV7 Joshua Wong Ngee Choong telah meletakkan jawatan sebagai petanda tidak setuju dengan self-censorship oleh pihak atasan NTV7.Dalam bulan yang sama,  penerbit  ‘Galeri Mandarin Nasional’ bagi  TV2 ,RTM pula dipecat kerana membuat dan menyiarkan siri documentary tentang empangan Bakun.Kedua-dua kes tersebut menunjukkan betapa seriusnya sekatan atas documentary di Negara ini oleh akta-akta yang ketinggalan masa dan bagaimana kebebasan terhadap informasi disekat oleh campur tangan politik dalam arena media.

Dalam keadaan yang terdesak sedemikian, sebagai salah satu kaedah yang paling berkesan dalam penyebaran maklumat dan mengkritik social, documentari terpaksa menyelesaikan masalah kekurangan penonton dan begitu juga dengan masalah kongkongan media oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Oleh sebab itu, kami membuat keputusan untuk mengenepikan godaan untuk memasukkan lebih banyak unsur-unsur hiburan ke dalam documentari, dan mengatasi rintangan self-censorship ,untuk menayangkan documentari di pinggi media arus perdana. Kami menggelar tayangan ini sebagai tayangan  “yang Dipinggirkan”atau Exiled Documentary,tidak bermaksud kami mengundurkan diri dari tayangan untuk orang ramai, sebaliknya kami tidak ingin letakkan diri dalam zon yang selesa dan selamat yang selama ini hanya mampu ditawarkan di RTM dan stesen-stesen TV private,sebaliknya memilih untuk  berhadapan dengan penonton secara terus,dan berhadapan dengan cabaran, bahaya serta peluang yang jauh lebih besar.

Sebagai tayangan bagi pusingan yang pertama, kami akan menayangkan dokumentari Bakun Trilogy bahagian 1 dan 2, yang dibuat semula oleh bekas penerbit  “Galeri Mandarin Nasional” Chou Z Lam,serta dokumentari “March Encircling” tentang perjuangan rakyat di kampong baru Rawang ,yang dibuat oleh director dan producer VideoArt, Lai Kim Koon.Tayangan tersebut akan diadakan di  13 tempat di pantai barat semenanjung Malaysia serta Singapura. Tujuan utama tayangan ini adalah untuk membangkitkan semula isu kesan social empangan Bakun dan kabel elektrik Rawang ,dan mendedahkan mereka kepada populasi di seluruh Malaysia.Berikut adalah maklumat terperinci tentang tayangan ini:

Tajuk Aktiviti:

Tayangan Documentari Yang Dipinggirkan

Objektif aktiviti:

1.membantah kongkongan media

2.memperkenalkan documentari

3.membentuk masyarakat  Civil

Para Penganjur:

Peoples Documentary Foundation, Video Art Magazine, Malaysiakini

Penaja utama:

Kumpulan wartawan dan penulis yang menyokong orang asli dan orang asal

Penganjur Setempat:

KLSCAH Social Economic Committee, KL

New Era College Media Study Department, Kajang

Lim Lian Giok Cultural Development Centre Perak (LLGPERAK), Ipoh

Penang Chinese Town Hall, Penang

SUARAM Penang

Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) , Perak

Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall Youth (NSCAHY), Seremban

Malacca Chinese Assembly Hall (Youth Section), Malacca

Pusat Khidmat  Ahli Parlimen Bakri, Muar

Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Kluang

SUARAM Johore Bharu

Singaporeans For Democracy(SFD)

Tarikh Tayangan

8 March 2011 – 6 April 2011

Kandungan:

1.Tayangan Filem :

a) Bakun Trilogy: Episod 1   Tenggelam     (42 minit)

b) Bakun Trilogy: Episod 2  Ketidakadilan (47 minit)

c) Defend Our Homeland (60 minutes)

2.Sessi Q & A  (20 minit)

3.    Upacara Perasmian :Ceramah  ( Tajuk : Documentari  dan perubahan Sosial ) & Showing the trailer

Jadual Masa Tayangan (digubal bila perlu )

 

tarikh Masa Tempat Penganjur setempat Aktiviti
01/3/2011

(selasa)

11am-12pm KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Social Economic Committee Sidang Akhbar
08/3/2011 (Selasa) 8pm  – 1030pm KLSCAH Social Economic Committee forum & Trailer
09/3/2011 (Rabu) 8pm  – 11pm KLSCAH Social Economic Committee tayangan filem
10/3/2011 (khamis) 8pm – 11pm Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall Youth (NSCAHY) Tayangan filem
11/3/2011

( jumaat )

8pm  – 11pm no50-B,Jalan Kemuja

Bangsar Utama

Kelab 50-B Tayangan filem
         
15/3/2011

(selasa)

8pm  – 11pm Dewan Seah Tih Kong,

Kuala Sepetang

 

Parti Keadilan Rakyat Tayangan filem
16/3/2011

(rabu)

8pm  – 11pm Perpustakaan Mini Oasis, Ipoh Lim Lian Giok Cultural Development Centre Perak (LLGPERAK) Tayangan filem
17/3/2011

(khamis)

8pm – 11pm Taiping

(To be confirmed)

Parti Keadilan Rakyat Tayangan filem
18/3/2011

( jumaat )

8pm  – 11pm Penang Chinese Town Hall Penang Chinese Town Hall

SUARAM Penang

Tayangan filem
19/3/2011

(sabtu )

2pm  – 5pm Caring Society Complex,

Penang

Penang Chinese Town Hall

SUARAM Penang

Tayangan filem
         
24/3/2011

(khamis)

8pm – 11pm Pay Fong Media Room, Malacca Malacca Chinese Assembly Hall (Youth Section) Tayangan filem
25/3/2011

( jumaat )

8pm  – 11pm Pusat Khidmat  Ahli Parlimen Bakri Pusat Khidmat  Ahli Parlimen Bakri Tayangan filem
26/3/2011

(sabtu )

8pm  – 11pm Anika Hotel, Kluang

 

PKR Cabang Kluang Tayangan filem
27/3/2011

(ahad )

 

28/3/2011

(isnin)

8pm  – 11pm

 

 

8pm  – 11pm

Pejabat SUARAM

Johore Bharu

 

 

Post Museum,

Singapore

SUARAM JB

 

 

Singaporeans For Democracy

Tayangan filem
6/4/2011

(rabu)

 

3pm -6pm New Era College, Kajang Selangor Media Study Department Tayangan filem

Ceramah

1. Tajuk:Documentari dan Perubahan  Sosial

2. penceramah: Chou Z Lam (pengasas Peoples Documentary Foundation )

Anna Har (Director KOMAS)

Sylvia Lim  (Pengasas & Ketua Pengarang  Video Art Magazine )

 

MC: NTV7 Host -Cik. Tan Ley Teng

Person in Charge

  1. Coordinator :Chou Z Lam & Sylvia Lim
  2. Admin Secretary : Raymond Lim

Synopsis  Filem

A) Bakun Trilogy: Episod 1 Tenggelam / 42 minit / 2010 / Director Leerang Bato / HD  Format

Pada tahun 1998, Projek Bakun Hydro Electric di Sarawak mula memindahkan lebih kurang 9,500 orang asal secara paksa. Namun begitu, ada sekumpulan daripada mereka yang enggan berpindah dan bertekad mempertahankan tanah dan kawasan kediaman.Pada bulan Oktober 2010, penakungan air empangan Bakun bermula, kawasan tanah adat orang asal seluas pulau Singapura dijangka akan ditenggelami dalam tempoh masa setengah tahun.

 

B)     Bakun Trilogy: Episod 2-Ketidakadilan/47 minit/ 2010 / Director Leerang Bato / HD  Format Projek empangan Bakun Hydro Electric yang kosnya RM 4.5 billion pernah tergendala 2 kali akibat kemelesetan ekonomi.Namun begitu,kerajaan Sarawak tidak mengendahkan permintaan orang asal yang dipengaruhi oleh projek tersebut dan memindahkan lebih kurang 9,500 penghuni di ulu Bakun ke kawasan penempatan semula di Asap Koyan. Sehingga hari ini, kebanyakan daripada mereka masih tidak menerima pampasan yang sepenuhnya tentang rumah panjang lama,tanah adat dan  tanaman di tempat asal.pendek kata, penghuni Sungai Asap hidup dalam keadaan yang amat menyedihkan.

 

C) Mempertahankan kampong halaman kami / 60 minit / 2010 / Director Lai Kim Koon / HD Format

Perjuangan selama 5 tahun oleh penghuni kampong Baru Rawang,Selangor,untuk mempertahankan kesihatan mereka daripada diancam oleh pembinaan kabel berkuasa tinggi.

 

Esok (17hb Mach, 2010) ,Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan masuk ke dalam kampong baru  Rawang untuk memusnahkan rumah-rumah.Para penduduk kuathir bahawa TNB akan melakukan operasi di larut malam,jadi, mereka menjaga mengikut giliran.Kegiatan ini melibatkan lebih daripada  1000 orang,termasuk penduduk kampong dan sukarelawan dari organisasi bukan kerajaan.

 

Pada masa yang sama,Chou Z Lam,penerbit bagi TV2,RTM telah mendedahkan bahawa satu rancangan dokumentari bahasa cina   < Galeri Nasional Mandarin >,yang dijangka akan menyiarkan isu tentang Rawang tersebut,terpaksa dibatalkan penyiarannya atas alasan sensitif.Lebih kurang 80 orang telah mengadakan tunjuk perasaan di depan Kompleks Bangunan Jabatan Penyiaran(Kompleks Angkasapuri),untuk membantah pemecatan Chou Z Lam dan pembatalan penyiaran isu Rawang serta Bakun.Tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh 528 Media Action Group,Writers Alliance of Media Independence (WAMI) serta Centre of Independent Journalists (CIJ).

Documentari ini bukan sahaja merekodkan perjuangan penduduk kampong baru Rawang, bahkan juga memaparkan kongkongan terhadap kebebasan media dan kelemahan dasar  privatization .

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s